Kenapa MVM Perlukan Sumbangan Anda?

KENAPA MVM PERLUKAN SUMBANGAN ANDA?

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi,
Seperti yang kita sedia maklum, Pertubuhan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi platform untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sama ada di dalam dan luar negara.
Buat masa sekarang, kami memerlukan dana yang besar untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke beberapa negara iaitu Bangladesh iaitu sebanyak RM300,000 , Syria sebanyak RM350,000 dan Sulawesi Tengah sebanyak RM350,000.
Selain itu juga kami masih membuka kempen bantuan salam di mana ianya memfokuskan bantuan kepada keluarga asnaf atau mereka yang kurang kemampuan.
MVM juga telah membuka sumbangan kepada orang awam untuk membantu dalam kempen 10 yang memfokuskan untuk menampung kos pengurusan dan pemasaran di MVM. Kos Pemasaran ini melibatkan hebahan mengenai kempen di media sosial MVM. Jumlah sumbangan yang diperlukan adalah sebanyak RM7,200 setiap bulan.
Setakat hari ini , jumlah sumbangan untuk kesemua kempen adalah masih jauh daripada sasaran sumbangan yang ditetapkan.
Oleh itu kami sangat merayu daripada anda semua rakyat Malaysia untuk membantu kami mencapai sasaran supaya kami dapat menghulurkan bantuan buat mereka yang kurang bernasib baik serta dapat meringankan beban mereka.
Kami menyediakan 2 pilihan platform untuk memudahkan anda menghulurkan sumbangan.
1) Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :
? Maybank (56480 164 7699)
? CIMB Islamik (8602 5378 07)
? Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Email : account@mvm.org.my
2) Sumbangan secara online di Website Donation MVM – https://donation.mvm.org.my/
Semoga setiap sumbangan daripada anda mendapat ganjaran dan semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Hari ini kita bantu mereka yang memerlukan, esok lusa Allah bantu kita dikala kesusahan. Amiin.